Monday, April 25, 2011

Thesis Presentation Day 2



Salam. Dah lepas seksa pizen thesis! It was so... Wait! xtaw nk cakap ape.
Teruk lah. Design ngan develop? Beba! wat malu Prof K je   huk! Can I repeat
 my presentation. Xmembanggekan langsung. At least biar lah rase ade sikit best itu dlm hati. 
Tapi it seems nothing! Empty. Cewah.. Jiwo plop. Okay. Kenevoursan aku yang over telah
 merosakkan a portion of my life! PO.........YO  


Back to reality babe! I'm walking down the road, to meet MR FINAL EXAM next week. Yet, there are two more presentations and projects to be done. SQA & RISK. Nape lah ko nih xhbs2. Khamis and Jumaat ni baru nk pizen, hanta report after that. Then monday dah exam. So xboleh lah balik minggu ni? Huk lagi. ermm.. Xboleh! Jgn nk hancurkan hidup ko lagi beb! Minggu nih xbalik. Next week ade 3papers, 
then baru boleh balik . Yeay! Xsangke kot dah hbs 1 sem. Byk bnde berlaku within less than 6months. What else can I say. Time passed.   الوقت كالسيف . kalau kita xpotong die die akan potong kite. So be more sharp than a sword will you?  Hbis sem nih I will be having a looooong holiday. Tapi kene wt thesis? Argh! What am I? Nerd? X! 





.............................................................................







Okay. That was last week.Now kt library USIM. Hingat nk study. Nih dah online pe pun xde.  Today is Tuesday, semalam lepas paper SQA. Oh SQA. Akhirnya kamu pergi dulu meninggalkan kawan2 yang lain kan. Tinggallah geng2 lain kt belakang. Xsabar nk hbs exam pas2 kene wt thesis plak. Hah! Bagus sgt kan. Smpi bile ntah xhbs2 aku tgk. Bagus.. Bagus..

Ade org mrh kt aku sbb die bangun lambat harini. Hah lagi sekali! Padan muke. Suke hati aku je kan. Kelas kol 8.30 bangun kul 8.50, g kelas xmandi! Hah! Busuk nye budak!  B.U.N.C.I.T!!!. Yes panggil aku gemuk kan.. Kejap2 debab. Kejap2 gemuk. Mangkuk hayun nye budak B.U.N.C.I.T!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(sambil menjerit) Padan muke bangun lmbt(jerit lagi) Sebab saye dah sewel.. Hehehehehe...

Berat saye dah turun 3kg. Tapi ade org kate muke still mcm belon! Okay memang sebab saye gemuk. Xboleh nk buat ape lah. Cume jgn nk kutuk sgt lah. Rilek sudah~ Gemuk2 pun, orang gak kan. Bukan gemuk2 tu lembu ke. Badak ke. Gajah ke. Kalau ko nk samekan org gemuk cm binatang. Jawablah kt akhirat nanti. Semua Allah yang cipta. Ape? MAte kau dah rabun ke buta tgk org samekan ngan binatang? (okey, stop emosi)

What else? Paper semalam? Best! Sebab kau jawab je pe kau tau. Kite tgk result kau nanti cane. Cecitececite. Xnak haku cte result aku kt org dah. Itu ikut ckp Maria. Pegilah add die. Okay. Nak study risk. 


4 papers to go..
  1. ENTREPRENEURSHIP
  2. SYSTEM RISK DECISION ANALYSIS
  3. E-COMMERCE
  4. INFORMATION SYSTEM DESIGN
 oKbYE :)

Friday, April 08, 2011

Saya bz dan bz dan rindu dan rindu~

Yes.. Double meaning di atas~ Ignore the interface. :( Wutev~ Am still am. Hmmm.... Last week I've done two tests. sighs...At last! Quite satisfied yet still disappointed. Sebab yg second paper tu I study last minute. What a rush~ Xpela. At least xde la sebod yg lepas :(




So minggu nih sgt lah bz memang bz gile babeng xleh bla punye. Kalau ko balek memang xjd keje. Tapi at least boleh je balek lastweek sambil study lyn budak gemok tuh! Okay sebab minggu nih jugak aku ade programming contest. Anjuran membe2 aku. Muke aku memang bukan muke programming tapi sebab member aku yg sorg tuh ajak, jd aku joinlah. Lagipun aku xterer cm dorg jadi aku agk kemaluan disitu untuk join~


So, lepas join programming aku nk kene buat bermacam jenis report. Woi fakulti??? Ingat aku ni kerani ke nk kene wt report2 sume bagai? Okay jadi makenye aku akan menjadi kerani sekejap untuk nk setelkan report2 tersebut :( Okay. Kita xboleh mengeluh sebab itu syaitan. Hehehe. Baik. Beba xmengeluh dah! 


Bosan kan belog aku nih. Jadi aku rase memang aku xde talent lah menulis2 semua nih bagai. Ade kwn2 aku yg pandai menulis. Ayat die sedap. Sedap dibace. Bukan berbunge2 tapi cukup sekadar ayt simple tapi best. Ayat xdelah extravagant punye vocab. Tapi best. Pendek kate best!


Tapi berpandukan ayt diatas, aku xkn berhenti membazirkan space website dengan menulis selagi aku mampu dan diizin Allah :) Sebab aku memang rajin :P


Selain itu .. xde selain2 itulah! Memang aku banyak keje lah :( Final nk dekat~ Takut lah. Banyak ag keje nk setel. Nk keja dateline lagi. Nk setat setadi lagi. Ok. Dah.




Nak ckp nih je senanye. Rindunye!!!!!!!!!!!! Kt budak nih....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




fevret gadget. Memang kene hempas lah :P




Okay geram tgk muke.

p/s : Lagi sorang xpyh mention :P. Saya suka denga awk ckp cm2 :) Blushed!
Dah! The end. Stop dreaming :) Bye!  





Saturday, April 02, 2011

Apabila kita ditimpa masalah masalah,katalah





"cukuplah Allah bagiku,Dialah sebaik baik tempat diserahkan urusan"



Kalau kita rasa dah tak ade tempat dlm hidup mereka pun, ingatlah Allah sentiasa ada dan pada 


dialah kita mengadu :(

Ingatlah kita masih diperlukan dalam dunia ni untuk beribadah kepadaNya. 


Bukan mereka yang memberi kita kehidupan. 

Allah yang kurniakan segalanya.



"cukuplah Allah bagiku,Dialah sebaik baik 



tempat diserahkan urusan"

Sekadar perkongsian :)

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?
"Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia," jelasnya. Saya tersenyum. Ada kebenarannya.
Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan.
Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran...tidak se'dinamik' dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.
Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!


KISAH TIDAK LAMA DULU
Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.
"Mengapa tiba-tiba?" tanya saya.
"Hidayah bang..." jawabnya si dia pendek.
"Bagaimana dengan segalanya?" Risau saya dengan profesyennya.
"Allah ada. Allah akan membantu segalanya."
"Syukur," kata saya perlahan.
Setahun kemudian.
"Lihat ini.." kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.
"Betul ke ni?"
"Apa kau ingat ini 'super-impose'?"
Saya terdiam. Kaku.
"Mana pergi tudungnya?"
"Itu.." tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.
"Itu tudung?"
"Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat."
"Bertutup tapi terbuka, tahupun..." katanya seakan menyindir.
Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.
"Bang saya insaf bang..."
Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa... dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan.  
Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?
Kini tiba-tiba segalanya semacam 'ditarik' kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan... Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali.
Kata sesetengah yang setuju, biarlah... itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati... Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa.
Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!
Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:
"Syaitan terlalu kreatif..." Kreatif? Bisik hati saya.
"Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam... Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah 'grey' – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran."
Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja 'was-was' baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.
Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan.Atau peragawati bertudung dengan langkah 'catwalk' dengan dada, 'make-up' galak sambil yang mengundang pesona dan 'aura' dosa. Dan lebih 'daring' lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung... Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah 'grey'? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.
Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:
"Tudung wanita itu ada empat... tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati."
Apa ertinya?
"Tudung pada wajah... jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata... jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara... jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati... mengingati Allah... dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar..."
"Jangan terlalu ekstrem," tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang 'penghormatannya' (baca betul-betul... bukan 'kehormatan').Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum."
"Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya... tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah," balas saya perlahan.
"Aku tak faham. Maksud kau?"
"Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan."
"Lantas?"
"Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan... tentu ada yang salah dalam penutupannya."
"Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik."
"Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran..."
"Jadi kebenaran menolak keindahan?"
"Keindahan itu satu kebenaran!" balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai 'aksesori' ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai 'fesyen' orang 'baik-baik' dan orang 'cantik-cantik' berbanding syariat wanita yang beriman!
"Hormati, itukan era transisi" kata seorang sahabat seakan memujuk saya.
"Transisi? Apa maksud mu?"
"Sebelum lengkap bertudung... err... maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung."
"Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja... ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?"
Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.
"Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita..."
"Kau kata mereka tidak ada ilmu?'"
"Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri," kata saya.
"Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?."
"Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata."
"Maksud kau?"
"Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang."
Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara.
Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua.
Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam... menjadi 'malaikat' yang diam? Oh, tidak...
Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit !

Ingat mengingati itu wajib. Selagi kite seorang muslim~

jika seekor nyamuk masuk ke dalam panggung wayang lalu terbang masuk ke dalam kain orang perempuan tapi terhisap darah tangan lelaki yang bukan suaminya, maka hukumnya haram. 


That was taken from here. Tengok address mc takut je. I ingt lagi pernah dnga ceramah kt surau raseenye. Kalau kite nih, muslim, kite takut atau risau bile ingt pasal kematian. InsyaAllay iman kite masih tinggi di sisi Allah. Ade cerite I ingt xingt je. Pasal ummat Rasulullah. Kita lah. Berkenaan syafaat Rasulullah SAW nanti. Pada ketika manusia ingin mendapatkan syafaat Nabi SAW kt sane nanti, malaikat menarik baleki syafaat itu sebab katanya walaupun ini ummatMu ya Rasulullah, tapi die ini dulu tidak pernah memikirkan tentang orang islam di dunia. Maka die tak berhak mendapat syafaat ini.MasyaAllah. Maha suci Allah. TAkutnye. Ingt dengan buat amalan sendiri je akan dpt syafaat sume? Banyak lagi t/jwb kite sbnrnye kt atas muka bumi ini. :( Allahua'alam..... Same2 kite tingkatkan~


Ha... Looking at the pink box above,  ce try bace ape I rase... Kdg2 kalau kite nk cerita kt org, takut org xsuke.. So talking to my own blog. Xpaks org denga. Tapi kalau dah rajin bace. InsyaAllah.tegur mane patut. 
teguran atau nasihat itu hendaklah dimulakan dengan niat yang subhanallah. Baik... Apepun amalan, apepun perbuatan, kalau dimulakan dengan niat yang masyaAllah.. Xbaik, bawak2 lah pulang ke jalan yang sebenar. Allah dah beri kite guideline yang elok. Yang sempurna. Bukan cinte je nk yang sempurna. Pedoman yang menyeluruh. Amalan yang insyaAllah perfect. Kalau nawaitu awal tu betul, indah insyaAllah. Semua yang kite wish, akan dapat samada kt dunia atau kt akhirat nanti. So, Kita muhasabah balik. Kenapa kita ke universiti? Kenapa kita menutup aurat? Kenapa kita nk menegur org tu? Adekah sebab nk menjatuhkan sesiapa? Adakah kita menutup aurat sebab ki9ta terpaksa? Baru iyelah org kate' Baik xpyh pakaiu tudung tu'. Tapi kalau semua tak dimulai dengan niat yang 1. Apekah kesan?




I kan bile pegi bw kt blog org2 lain. Antara isi yang I rase best, teringin nk copy paste. Bukan niat nk plagiat or curik idea org. Tapi rase seronok kalau orang lain pun  dpt ape yg I dah dpt. Maybe kalau I pegi bace kt blog die, org lain xpegi, so why dont I share? Ok. Tu je nk cte :)






p/s : I happy sekarang. Mcm dah xingt kisah lame, ikhlaskan hati denga ape yang dah lalu. walau xboleh terima kesalahan lame. Tapi usehe walau berpure, setidak2nya. Suasana yg xenak itu kurang. Thnx sebab buat saye kurang rase bersalah atas kisah lalu. Saye tahu saye salah. Lame saye fikir nk correct things wrong, tapi xde jalan. :) Akhirnya Allah beri jalan. Walau awk xredha, tapi thnx :)



My Saturday :)

Salam alaikum~ How's ur day today? Mine was just fine alhamdulillah.
 I started my day bit late :) Bangun dah kol 10.30. Setelah abah ceramah. 
Terase seperti perlu bangun dr selimut yg sedap :) Bangun2, layan fayyadh. 
Mama die went to locum. Tengahari my parents off to MRSM K.Klawang to meet up my brother. 
Tinggal I with fayyadh and bibik je kt rumah. Since fayyadh dah boleh lah jugak duduk ngan bibik, 
I sambung study, then die tak nak jugak ngan bibik. I duk kt hall teman die or 'layan' die smbil study. 
People will ask, 'Boleh ke? Study smbil2?' My answer will be 
" Boleh rupenye. Kalau nk memang boleh." Smbil2 bibik pun ade, so boleh la... 
So petang habis 1chapter. Semalam 1 chapter. Tinggal byk ag :'(
 Oh risk. Takut lah :'(  Selase nk test :'( Aigoo~~~~

Okay. So, tengahari tu budak kecik I tidokan. 
Sambil jage kt buai die, hfl2 notes. Pastu kt lua bunyi bell eskem.
Teringin lah pulak. Then, I teringat dlm freezer ade 2basket BR.
Oh. Rezeki Allah. Manisnye kalau bile teringin tu ade.
Alhamdulillah :)
Teringin x? Panas2 mkn BR. 




















Sleeping baby :)

Lengkap x? Baby's stuffs pun ade. Mine pun ade :)


Tulisan cakar semut :P





Nak smbung study! Till then :)


Friday, April 01, 2011

ALL IN FARE RATES !!

Guys! Did you see the ad over there? Murah nye. G NZ bru 499 economy class. Kalau lah dah keje, xpyh blaja. I wish to go there. NZ is the best place for holiday. Lame dah nk pegi NZ. InsyaAllah Allah bg peluang, rezeki, panjang umur. Aminnn~




























Jom belanje I g NZ!!! :)





























The most silent place in the world.

HOME :)

That is the most silent place in the world. hehe. I'm home. Again~ Just to make sure that I'm near to them. To baby :) I love them. Nest week. 2nd test. System Risk and Decision Analysis & software Quality Assurance. Here I come. Hope everything will be fine.







I found something unusual today with you. You're not like who you are. I know something happened. But I dont know what. It's okay. Your 'always be there-friends' are always be there for you. 

I MISS YOU :)




~tillthen~